im feel sleepy today..
ngantok tol..
mlm td tdo kol3, setlekan PP1 n eko..
so struggle ar diz year..
so tired..
pose lak tuh..
seb baek ptg ni xda kls..
kl da, mmg escape ar.. hu2

so so so busy...

arini paper bisness study..
bestnye jwb..
wasani sure kne attack lg ngn our lovely mommy tuhh..
wah..kasihanilah kami insan yg lemah tak bdaya neh..
help7...!!!
huhuhu

todays paper, makroekonomi..
quite hard to score..
im so scared..
god bless me..

Angkat kepalamu, walaupun hidup ini amat susah.Bila masa menjadi susah, ataupun bila hatimu menjadi rungsing. Jangan berputus asa, kamu mampu memenangi perjuangan ini. Bersabarlah sayangku, ia tidak akan berubah sekelip mata. Jangan hilang kepercayaanmu, kamu mesti yakin. Restui orang sekelilingmu, dan anda akan direstui. Berusahalah dalam apa jua yang anda lakukan. Lebih banyak anda membantu diri anda, lebih banyaklah orang membantu anda. Apabila kegelapan melanda dan anda merasa sayu, paksa dirimu berdiri, dan paksa dirimu bergerak. Belajarlah dari pengalaman, jangan lakukan ulangi kesilapan. Kali ketiga adalah petaka, jadi anda tahu ia tidak baik. Berhati-hati dengan keputusanmu dan tindakan yang diambil. Jangan risau, tiada manusia yang sempurna, tidak salah melakukan kesilapan. Lupakanya dan cuba lagi. Jangan biarkan orang lain menghalang anda. Anda tidak bertangungjawap ke atas kesilapan orang lain. Capailah impianmu dan gengamlah ia. Jangan lupakan benda yang paling penting. Kuncinya aterletak ditangan anda sendiri. Buatlah kerja anda sendiri, orang lain tidak akan memahaminya. Sentiasa ingat dan percayai diri anda. Jangan malu memohon bantuan. Jangan segan menitiskan air mata. Kawanku, kuatkan diri dan anda mampu mengatasi ketakutanmu. Jangan jadikan kerungsingan mengcengkam anda. Senyumlah sentiasa walaupun tiada siapa yang menglihatnya. Anda berkuasa ke atas setiap langkah yang anda ambil. Apabila orang perjudis terhadap anda, mereka melakukan kesilapan. Kehidupan adalah satu cabaran, hanya orang yang tabah sahaja akan berjaya.

hari ini 7 org je yg dtg skola..
tak tau ar aphal ak boleh dtg skola arini..
arini takde paper, sok baru da paper, paper bisness study 2..

"Syurga dihijab dengan kesusahan dan neraka dihijab dengan syahwat. "

Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah. Cinta pada Allah adalah kebahagiaan yang nyata. Hanya mereka yang beriman dapat merasakannya.

5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya : PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya. KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram. KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita. KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men-topup handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27) KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

teacher HLF nga menasihati para pelajar 6AJ..
tak boley bla ar dgr die ckp..
borak bout meeting PETS smlm..
ckgu2 meeting ngn pengetua..

dh ar, tu jew..

nothing much to say today..
juz study, study, and study..
bored...

Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat yg akan menunggu dipenghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak2nya ku cuba

Inikah halangan menduga perjalanan kita
Jgnlah kau putus asa
Krn ku ada disisi setia menemani

Andai semangatmu gugur
Genggamlah tgnku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apalah gunanya berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
aku yakin kita mampu

Biar org katakana rapuhnya harapan
Bukan nya mereka tentukan

Kau ada aku dan aku punya kamu
Apa jua akhirnya
Tetap bersama

06052009 -- 1050morning
hidup yg memboringkan..
seb baik tuhan bagi pinjam nyawa kejap..
kalo tak, tak tau ar pe nk jadi..
aiyo..amma appa..

Andai Ku Tahu...

Kdg2 Allah hilangkan sekejap matahari,
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat.
Puas kita menangis mencari matahari,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yg indah.





















About this blog

My Blog List

we again..

we again..

wasani..at high-5 company..

Terima Kasih Sahabat

Jom Sembang-sembang...

Masa Itu Emas

Pages

Powered by Blogger.
Loading...

About Me

My photo
Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sementara, Mengapa hati ini bertaut pada insan yang diciptakan, Sedangkan merebut cinta ALLAH lebih suci dan utama diabaikan, Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan, hingga keimanan ku gadaikan, sedangkan nun di sana perjuangan memerlukan pengorbanan perwira dan serikandi yg setia... itulah bahananya cinta pada dunia, memusnahkan cinta hakiki ILLAHI, memberi kekecewaan dihati sanubari.. berapa ramai insan mendamba pada dunia, keremajaan yang dipandu angan-angan palsu, terpesona jiwanya, pudarlah imannya, perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian.... OH TUHANKU, ku kudratkan ke hadratMu pengharapan, pimpinlah hambaMu ini, agar tidak terpedaya lagi..

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

About Me

My Photo
cityhawa
Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sementara, Mengapa hati ini bertaut pada insan yang diciptakan, Sedangkan merebut cinta ALLAH lebih suci dan utama diabaikan, Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan, hingga keimanan ku gadaikan, sedangkan nun di sana perjuangan memerlukan pengorbanan perwira dan serikandi yg setia... itulah bahananya cinta pada dunia, memusnahkan cinta hakiki ILLAHI, memberi kekecewaan dihati sanubari.. berapa ramai insan mendamba pada dunia, keremajaan yang dipandu angan-angan palsu, terpesona jiwanya, pudarlah imannya, perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian.... OH TUHANKU, ku kudratkan ke hadratMu pengharapan, pimpinlah hambaMu ini, agar tidak terpedaya lagi..
View my complete profile